atas perut tokwan pon jadi la..
mak tengah paksa Andrian senyum..
Setiap baby esp. malay baby mesti ada tempoh confinement. Andrian juga x terkecuali. Andrian meniti hari-hari terakhir confinement dengan penuh debaran..x sabar rasanya nak merdeka, merdeka sebab Andrian boleh keluar berjalan-jalan ronda-ronda pekan Kangar yg kecik tu, p umah maktok sebab maktok dah start sibuk buat persiapan utk kenduri kawin mami Anis. Sejak akhir-akhir ni Andrian perasan, Andrian suka nangis-nangis bila Andrian lapar. Sebelum ni Andrian cuba nak jadi penyabar, Andrian cuba tunggu sampai tokwan ataupun mak sediakan susu untuk Andrian, lama-kelamaan Andrian mula perasan, depa ni x akan bangun2 sehinggala Andrian menjerit sekuat hati Andrian. Andrian dah belajar satu pengajaran, jangan berdiam diri sekiranya perut lapar. tapi Andrian jerit kejap ja, lepas tu Andrian akan diam balik dan bagi masa untuk mak atau tokwan atau tok sediakan makanan kegemaran Andrian. Andrian x la kejam sangat kat depa sebab Andrian paham, bila orang baru bangun tidor, masih mamai lagi.
Sekarang ni Andrian perasan, tok kalau time tukar pampers Andrian, mesti lambat2, Andrian rasa kurang keyakinan skit bila x pakai pampers lama2 ni. Andrian ni kan pemalu mcm ayah gak. Disebabkan kurang yakin tu la yang Andrian selalu termelabur atas kain tok, baju kerja tok, kain batik tok..kesian tok, asyik bertukar kain ja hari2..nanti Andrian cuba untuk control Andrian punya sistem perkumuhan.
OKla setakat ini saja coretan untuk kali ini..masih banyak lagi yang Andrian nak kena explore..hari ni Andrian dah masuk 48 hari di bumi Malaysia ini.
p/s: Ayah, bila nak bawak Andrian ngan mak jalan2 dkt oversea plak? Andrian bosan la asyik tidoq atas tilam ni ja..nak jugak tengok tempat orang..
No comments:
Post a Comment